teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Sunday 1 July 2012

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN..



** Pembetulan: 1 April 2012 jatuh hari ahad bukan Isnin..

Berdasarkan jadual di atas
1 Rejab 1433 H – 22 Mei 2012
1 Syaaban 1433H – 21 Jun 2012
Nisfu Syaaban = 15 Syaaban 1433H – 5 Julai 2012
1 Ramadhan 1433H – 21 Julai 2012
1 Syawal 1433H = Hari Raya Puasa Aidilfitri – 19 Ogos 2012
************************************************************


1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu
 padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas
 kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah 

tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam
 syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan 
nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban,
 dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya
 kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir,
 ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir

 khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga.
 (Al-hadis dari kitab Al barkah). 

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w

 ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan

 umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan
 ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).




6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan,

 siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat
 atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya
 yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi:
 Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
 (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat

 kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain)
 Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya

 seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas
 bulan-bulan
 yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan
 atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)




9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, 

sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan 
Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban 
telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit,
 itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan
 diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya 
sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka 
terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban

 maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang
 tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada

 malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah
 berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang yang
 ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku
 rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. 
(Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,

 ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.



13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam

 Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada 
Rasullullah s.a.w
 kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala
 telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya
 sesuatu.
 Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, 
tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan
 terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru
 kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang 
kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. 
Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta 
doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan 
bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat
 menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa
 ta`ala pada
 malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi
 orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit
 yang ketujuh,
 malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan
 permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru:
 Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku 
kepada
 Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: 
Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan
 hamba-Nya
 yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing
 bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak
 memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah 
memerdekakan hamba-Nya 
daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia
 dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk 
menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca, 

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas

 lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir) 

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa

 seribu tahun,
 dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis
 pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban

 enam orang; 

1) Orang yang kekal minum arak 

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa 

3) Orang yang kekal dalam zina 

4) Orang yang banyak berkelahi 

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta 

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam

 nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
 lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
 permintaannya, adakah
 orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang
 bertaubat 
maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin
 lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam
 marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang

 pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun
 bersembahyanglah
 sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, 
sehingga
 aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan
 kain,
 aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah
 aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di
 dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku

 berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku 
berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, 
aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). 
Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat

 Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah 
memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan:
 "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam 

menentang orang musyrikin, insyaallah).




19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah

 (berbuat amal kebajikan),
iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, 
dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya
 malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam
 Ramadhan atau
 sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w
 berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula
 saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan 
Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban. 

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" 

dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian
 dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya 
dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, 
kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali
 ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, 
kemudian dibacakan doa-doanya. 

-------------------
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi) 

Rasullullah s.a.w pernah bersabda :" Barangsiapa yang mengingatkan sesama kita
tentang kedatangan bulan ini , maka haram baginya api neraka."



Selamat berpuasa Sya'ban..sama-sama tingkatkan amalan ibadat..moga diterima
dan diredhai Allah ..('',) Tabarakallahu fi kum...

Sebarkan Dakwah...

2 comments:

  1. Salam. Cuma nak pesan, kalau boleh check dulu kesahihan hadis before post oke :) sbb banyak hadis dhaif tentang bulan syaaban :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm ukhti..y baik drpd Allah, y buruk drpd diri saya sendiri..hamba cuma insan dhaif..pada saya y baik tu elok kita jdikan panduan, apa y penting niat kita untuk sebarkan kebaikan...hanya mharap redhaNya..wallahu a'lam(",)btw..syukran atas teguran ^_^insyaAllah,tabarakallah..

      Delete

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.
Jom eratkan ukhuwwah...fillah abadan abada...('',)