maihotshop.com

There was an error in this gadget

My Instagram

Instagram

Tuesday, 25 December 2012

Wanita...


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. begitu juga sebaliknya.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.



Sunday, 16 December 2012

Hati Kita Allah Yang Pegang. Maka Ikhlas kan Hati


hati
hold my heart by ~Braq (devianart)
Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?
Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
kecewa tak? mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?
Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.
Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan! :)
** artikel ini dikreditkan kepada tuan punya blog Sederhana Indah Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua..


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/hati-allah-pegang-ikhlas/#ixzz2FHikllCV

Saturday, 8 December 2012

Sultan Muhammad V


Alhamdulillah. ..
bangga dilahirkan sebagai anak kelantan. of course semua pun akan bangga ngan negeri kelahiran masing - masing kan
walaupun di labelkan negeri termiskin, mundur dan tak membangun sejak bertahun - tahun
tak pe la. hak masing - masing nak cakap apa pun kan  ^___^

arini nak buat entry tentang Sultan Kelantan.
Sultan yang sangat rendah diri dan berjiwa rakyat. masa saya kecik lagi saya dah dengar banyak cerita tentang dia. semuanya yang baik - baik jea :)
Tengku Muhammad Faris Petra, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

credit to: Saiful Nang
This is our Sultan Muhammad V 
saya bangga dengan Sultan saya
Semoga Allah Merahmati, Memberkati, Melindungi dan Melanjutkan Usia Tuanku Sultan. 
Allahhuakbar

Rakyat Kelantan menggelarkan baginda Sultan Kelantan ini sebagai “Malikussoleh”, iaitu Pemerintah Yang Soleh
Semoga bumi Kelantan terus dirahmati oleh Allah :)




tiada pengawal yang menghalang rakyat untuk berebut bersalam dengan Sultan Kelantan
credit to: zamani

Tuanku sedang menandatangani Malaysia Book Of Records bagi Largest Particapation in a Qiamulail Session "QIAM WITH ME"

Sempoi!
KDYMM Sultan Muhammad V,Tuanku menyembelih lembu Qurban di Majlis Qurban Aiduladha 1433H/2012M di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Panji,Kota Bharu.(11 Zulhijjah 1433H).

Tuanku Sultan Kelantan dengan baju melayu teluk belanga dan kain pelekat 
kalau orang tak kenal dia, memang takkan tahu dia ni Sultan...Allahuakbar!



Sultan yg benar2 mementingkan Islam & hak rakyat..yg tidak mementingkan darjat dan pangkat.. Semoga ALLAH sentiasa memberkati dan merahmati Tuanku Sultan Kelantan..



Sultan Muhammad V mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran

kredit to: Topeng Perak Unmasked
kotor baju tuanku kesayangan kami ni dengan darah lembu yang baginda sembelih korban.
tapi senyum sokmo tuanku!

santai seorang Sultan.Takbir!