teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Tuesday 14 October 2014

OH, NIKMATNYA DUNIA..!!!


17OKT
86369502Pernahkah anda rasa lebih miskin setelah mendapat sesuatu? Ramai yang pernah saya tanyakan mengakui pernah. Bila saya tanyakan lagi, mengapa? Mereka menjawab, sebab keinginan jadi semakin bertambah. Ketika duit sedikit… keinginan mungkin hanya satu.
Tetapi bila duit mula bertambah, keinginan jadi 2, 3, 4 dan seterusnya. Dan paling malang bila kadar pertambahan duit itu adalah rendah berbanding kadar peningkatan keinginan… Dan kita akan menjadi lebih “kurang” dan “miskin’ daripada sebelumnya! Inilah sifat tabie manusia yang diceritakan dalam al Quran, “sangat mendalam cintanya kepada kepada harta”. Tanpa kawalan iman, keinginan itu akan menjahanamkan.
Psikologi ini malangnya dieksploitasi semaksimumnya oleh para kapitalis. Mereka tahu… sebaik manusia mendapat sesuatu, keinginan mereka mula berpindah kepada sesuatu yang lain pula. Inilah di sebalik penciptaan produk dan perkhidmatan yang begitu laju. Fesyen pakaian, jenama produk, eksesori alat telekomunikasi, menu makanan  yang sentiasa dinamik.
Dibius atas nama “kemajuan”, manusia disiksa dengan pelabagi keinginan yang tidak bertepian. Lalu… kapitalis memperalatkan kehendak nafsu manusia yang tidak ada batas dan tidak mengenal puas walaupun di sana Al Quran ada mengingatkan, “tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mata benda yang menipu daya!” Mari ikuti tulisanini… jangan dicari neraka dunia. Carilah syurga dunia. Tetapi sebelum itu ikuti kisah ini:  Cerita ini pendek dan ringkas sahaja.
Namun pengajarannya cukup relevan dan padat. Ia mengisahkan seorang budak yang telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula-gula. Setelah puas mencari wangnya yang hilang tetapi tidak juga ditemuinya, maka budak itu kecewa lalu menangis teresak-esak di tepi jalan. Tangisannya itu telah menarik perhatian seorang tua yang kebetulan sedang berjalan di situ. Orang tua itu berhenti dan lalu bertanya, “mengapa engkau menangis wahai budak?”. Budak itu menjawab, “saya kehilangan wang untuk membeli gula-gula.” Orang tua itupun bersimpati lalu berkata, “hentikanlah tangisanmu dan ini wang Pak Cik sebagai gantinya.” Budak itupun menerima wang tersebut. Namun sejurus kemudian dia menangis lagi. Malah kali ini tangisannya jauh lebih kuat. Pak Cik tadi kehairanan lalu bertanya, “kenapa engkau menangis lagi? Bukankah wangmu yang hilang itu telah kugantikan?” Budak itu terus menjawab, “saya menangis kerana jika wang sebelumnya tidak hilang, maka sudah tentu sekarang saya memiliki lebih banyak wang!” Iktibar dari kisah ini sebenarnya adalah berkisar di sekitar sifat tamak dan kerakusan manusia. Budak dalam kisah ini adalah lambang tabiat manusia yang tidak sabar dengan apa yang hilang dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Pada dasarnya, keadaan ini berlaku kerana dua sifat yang semakin pupus dalam jiwa manusia yakni sifat sabar dan sifat syukur.
Tangisan pertama, menunjukkan budak itu tidak sabar dengan kehilangan wangnya. Manakala tangisan kedua pula menunjukkan budak itu tidak bersyukur dengan apa yang ada. Dalam kedua-dua keadaan kanak-kanak itu susah hati. Susah hati inilah yang menyebabkan ia menangis. Susah hatinya kerana tidak sabar. Susah hatinya kerana tidak syukur. Pendek kata cerita ini membuktikan bahawa lebih atau kurangnya harta bukanlah faktor yang menentukan ketenangan jiwa.
Timbul pertanyaan dihati kita, apa sebenarnya ketenangan itu? Dan ia terletak di mana? Adalah sesuatu yang biasa jika manusia susah hati apabila ditimpa kemiskinan… Tetapi sangat aneh, mengapa ada orang yang masih susah hati ketika dilimpahi kekayaan? Ini satu persoalan yang menarik untuk dibincangkan. Sebenarnya dalam Islam hakikat kekayaan ialah kaya hati. Inilah kekayaan yang hakiki. Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak harta. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa.” Rasulullah SAW bersabda lagi: “Bukanlah dinamakan kaya itu kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.”
Apakah yang dimaksudkan dengan kaya hati? Kaya hati ialah hati itu mampu bersabar apabila ditimpa kemiskinan dan mampu bersyukur apabila mendapat kekayaan. Dan dalam apa jua keadaan orang yang memiliki hati yang sedemikian akan mendapat ketenangan dalam hidupnya. Ketenangan inilah yang menjadi asas dan teras pada kekayaan hakiki pada seseorang individu. Dan Maha Adil Tuhan yang telah menentukan bahawa kekayaan hati itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira simiskin atau sikaya. Asalkan sahaja hati itu dihubungkan dengan Allah, maka hati itu akan tenang.
Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Al Ra’d Soalnya bagaimana hati seseorang boleh menjadi tenang dengan mengingati Tuhan? Ini kerana apabila hati seseorang mengingati Tuhan maka seseorang individu itu akan sedar, insaf dan faham apakah maksud ketentuan dan takdir Tuhan yang telah menimpa dirinya. Bila ditimpa musibah, katalah kemiskinan, dia sedar bahawa itu adalah ketentuan dari Allah yang wajib diterima atas sifatnya sebagai hamba Allah.
Walaupun dia telah berusaha segigih dan sekuat mungkin, tetapi jika ditakdirkan miskin … diterimanya ketentuan itu dengan hati yang sabar. Dalam hatinya dia berkata, “takdir sentiasa mengatasi tadbir. Tentu ada hikmah di sebalik kepahitan ini.”Dia tidak aka n menyalahkan dirinya, orang lain, apalagi Tuhan atas nasib yang menimpanya. Kerana apa? Kerana dia sedar sebagai hamba dia hanya mampu berusaha tetapi ketentuan di tangan Allah. Maka dengan keyakinan yang sebegini orang tersebut akan merasai satu ketenangan dan kelapangan yang menjadikan dia tidak mudah untuk marah-marah dan kecewa dalam hidupnya.
Dia yakin, bahawa semua takdir Allah itu adalah baik kerana ia datang dari Allah (yang Maha Pengasih) walaupun jika dilihat secara lahiriahnya kelihatan negatif. Sebab itu kita diajar mengucapkan “innalillah wa inna ilahirajiun…” – ertinya kami datang dari Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan. Tegasnya, ucapan ini mengingatkan kita bahawa kita adalah hamba-Nya. Maka jika kita sedar akan hakikat itu, layakkah kita sebagai hamba untuk ‘memberontak’ menentang sebarang ketentuan Allah? Walaupun patuh kepada-Nya bukanlah alasan untuk tidak berusaha menolak kemiskinan, kesakitan dan kegagalan namun jika ia berlaku juga tentulah ada kebaikan yang tersembunyi.
Dan hakikat itu pastinya tidak dapat kita singkap dengan akal kita yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah yang Maha luas. Lupakah kita bahawa Allah pernah mengintakan bahawa,“dan ada perkara yang kamu benci tetapi itu membawa kebaikan bagi kamu dan ada perkara yang kamu sukai tetapi itu tidak baik bagi kamu. Allah lebih mengetahui dan kamu tidak mengetahui.” Orang yang hatinya mengingati Allah juga akan bersifat syukur apabila mendapat nikmat. Hatinya tidak terlalu melonjak-lonjak, sombong, zalim dan memandang rendah kepada orang lain. Dia sedar bahawa kelebihan yang diberikan kepadanya hakikatnya adalah satu amanah daripada Allah yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakannya.
Syukur ertinya, menyedari bahawa nikmat itu adalah dari Allah seterusnya menggunakan nikmat itu selaras dengan tujuan pengurniaan nikmat tersebut. Jika dia diberi kekayaan, dia sedar itu adalah amanah dari Allah untuk membantu hamba Allah yang lain. Maka dibelanjakanlah kelebihan itu untuk membantu fakir miskin melalui ibadah zakat, sedekah dan hibah. Jika dia pandai, dia rasa kepandaian itu datangnya dari Allah lalu digunakannya kepandaian itu untuk mengajar orang lain dan membantu masyarakat.
Dia tidak sombong seperti Qarun, yang merasai kekayaannya adalah hasil kepandaiannya berniaga. Sebaliknya dia mewarisi sifat Nabi Sulaiman yang apabila dipuji dia berkata: “Semua ini adalah pemberian Tuhanku.” Justeru apabila kita dikurniakan nikmat, kita akan diajar untuk mengucapkan alhamdulillah – ertinya, segala puji bagi Allah. Apa rahsia di sebalik ucapan ini? Ertinya, kita diminta memuji Allah bukan memuji diri kita apabila mendapat nikmat. Bila dikurniakan harta, kita ucapkan ‘segala puji bagi Allah’ yang bermaksud Tuhan itulah yang mengurniakan harta kepada kita dan kepada-Nyalah kita wajib berterima-kasih. Hati kita akan puas dengan apa yang diberikan-Nya.
Sebaliknya jika kita tidak rasakan itu pemberian dari Tuhan, maka kita akan ditimpa oleh dua kemungkinan – satu rasa sombong diri dengan kelebihan dan kurniaan itu. Atau yang kedua, rasa belum cukup puas dengan apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada. Mencari dan terus mencari, umpama orang yang minum air laut, makin diminum makin haus. Fenomena inilah yang melahirkan amalan ‘jenayah kolar putih’ – rasuah, penyelewengan dan berbagai-bagai skandal kewangan dikalangan orang atasan.
Sudah kaya harta, tapi masih tamak kerana miskin hatinya. Hakikat inilah yang pernah digambar oleh maksud hadis bahawa jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak, maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpanya. Inilah bahana kerakusan nafsu yang tidak pernah kenal erti cukup dan puas. Ya, jika direnung dalam-dalam, ramai manusia hari ini tidak kira di mana, walau siapapun dirinya, dan pada bila-bila masapun, telah mengalami ‘sakit rohani’ seperti yang tertera dalam kisah ini. Memang, sifat sabar dan syukur jarang dimiliki oleh manusia.
Manusia selalunya bersifat keluh-kesah bila ditimpa musibah, tetapi lupakan diri apabila menerima nikmat. Tidak sabar dan tidak syukur ini menyebabkan manusia menderita dalam apa jua keadaan – sama ada dalam kekurangan atau dalam kelebihan. Benarlah kata hukama bahawa, “barang siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak.” Sama seperti budak dalam cerita ini – hilang wang menangis, dapat wang pun masih menangis. Jelaslah bahawa wang dan harta bukanlah ukuran ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup.
Ya, wang tidak dinafikan perlu untuk kebahagiaan hidup tetapi ia bukanlah satu-satunya faktor yang menjamin kebahagiaan. Dunia masakini telah dihuni oleh ramai orang miskin yang kecewa, marah dan hasad terhadap kekayaan orang lain. Dan dengan sifat-sifat negatif itulah mereka terdorong untuk melakukan perbuatan mencuri, merompak dan rasuah. Kemiskinan harta yang dialami diiringi juga oleh kemiskinan hati. Dunia masakini juga telah dipenuhi oleh orang kaya yang tidak bersyukur, yang terus merasa miskin walaupun ditimbuni oleh wang ringgit dan harta. Akibat kemiskinan hati, orang kaya ini sentiasa merasa kurang dengan apa yang ada.
Akibatnya, berlakulah penyelewengan, rasuah, riba dan lain-lain jenayah kewangan yang dilakukan oleh orang yang telah kaya. Dengan adanya dua kelompok manusia ini, dunia menjadi semakin huru-hara. Tidak ada hubungan yang harmoni antara yang miskin dan kaya. Yang miskin hasad dengki manakala yang kaya pula terus tamak dan sombong. Moral dari cerita ini ialah carilah kekayaan hati di samping mencari kekayaan harta. Kekayaan hati bukan sahaja penting di akhirat sebagai jaminan keselamatan dan kebahagiaan di sana. Namun ia juga penting untuk kebahagiaan kita di alam dunia ini lagi.
Percayalah, ketenangan di dunia ini adalah bayangan kepada kebahagiaan di akhirat. Justeru dunia adalah ‘ladang’ akhirat. Bagaimana kita akan dapat menuai hasil yang baik dan lumayan di akhirat nanti, jika pokok yang kita tanam di dunia bantut dan kering layu? Sebab itu ahli sufi pernah berkata: “Carilah syurga yang disegerakan di dunia (Ajjanatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti!”
Ah, nikmatnya syurga dunia… hati sentiasa lapang, tenang. Kaya, syukur. Miskin, sabar. Inilah hakikatnya perjuangan kita di dunia.
SEMOGA KITA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA SERTA AKHIRAT..INSYA'ALLAH..

Saturday 20 September 2014

Muslimah Sejati ..


Muslimah  sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an tersebut.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.
Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.
Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud
Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihatdari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Wednesday 16 April 2014

Kematian Yang Menghidupkan Jiwa..


Al-Fatihah buat sepupuku ..Allahyarham Zarifah dan suami. .semoga syurgalah tempatmu..sungguh aku bersedih ats pemergianmu ..tapi redha itu adalh lebih baik..kerana tiap y bernyawa pasti akn kembali pada Maha Pencipta. .aku cemburu..kau pergi di usia y masih muda....kami jua akn menyusulmu..agak terasa kehilangan arwah ..Arwah baru sahaja berkahwin.. :'( al-fatihah..
Kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari KL- Kelantan.. ke kampung halaman di Salor, Kelantan..kejadian berlaku di Bentong..12 Apr 2014 (Jumaat ) mohon rakan2 serta kenalan sedekahkan al-fatihah buat kedua Allahyarham. .:'(

Subhanallah..Maha Suci Allah..
Abang saya juga mengatakan perkara yang sama ketika membantu menguruskan jenazah ketika membuka kain kapan pada bahagian wajah Allahyarham Saeed..dahinya berkeringat..bagaimanakah kematian kita kelak..#muhasabah diri..
Tanda-tanda Matinya Orang Beriman

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.
(Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.)

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.
2) air matanya berlinang.
3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat."

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu merupakan petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya sakaratul maut, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat Tuhannya yang Maha Mulia. Imam Qurtubi dalam perkara ini menjelaskan;

"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Selalu yang dapat disaksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

Saya belum pernah menyaksikan keadaan jenazah seperti ciri-ciri di atas. Semalam saya berbual dengan Saudara Muhammad Zaki Omar, sahabat baik kepada arwah Saeed Mohamad Mohamud Abdalla , warga Somalia yang meninggal dunia dalam kemalangan bas express di Bentong yang mengorban beliau dan isteri.

Saudara Zaki sempat menemui beberapa situasi keadaan jenazah arwah Saeed yang berpeluh di dahi. Sebelum jenazah dibawa masuk ke dalam kereta jenazah, saudara Zaki telah melihat wajah arwah Saeed yang berpeluh. Saudara Zaki lap dengan bajunya yang ada ditangan.

Ketika Saudara Muhammad Zaki yang menemankan jenazah dalam perjalanan dari Hospital Bentong ke Kg Jeman, Salor Kelantan kampung arwah isteri beliau. Dalam kenderaan jenazah, beliau melihat dahi Saeed berpeluh-peluh, dan dilap sekali peluh itu.

Sekali lagi apabila adik arwah Saeed tiba pada tengah malam itu, kain penutup muka dibuka dan kelihatan dahi arwah Saeed masih lagi berpeluh. Wajah arwah kelihatan seperti sedang tidor sahaja.

Jenazah pasangan suami isteri itu dikuburkan bersebelahan pada malam itu pukul 12.30 minit di tanah perkuburan Islam kampung isterinya.

Hingga hari ini baju yang digunakan untuk lap peluh didahi arwah Saeed masih berbau harum.

Muhammad Zaki Omar menyatakan, "Saya sendiri telah menyaksikan kematian seseorang yang mempunyai tanda-tanda orang beriman menghadap Tuhannya. Peluh memercik membasahi dahi walaupun sekujur tubuh dingin membeku. Apabila peluh itu diusap, ianya tetap terus keluar dan membasahi dahi. Baju yang saya gunakan untuk mengelap peluh itu meninggalkan bau yang harum. Saya berniat untuk memberikan baju yang meninggalkan kesan harum ini kepada ibu Saeed yang kini menetap di Makkah."

Bagaimana pula keadaan kita nanti di saat nyawa berpisah dari jasad? Allahuaklam. Belum pasti lagi...."

Photo: ‎Tanda-tanda Matinya Orang Beriman

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.
(Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.)

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.
2) air matanya berlinang.
3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat."

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu merupakan petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya sakaratul maut, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat Tuhannya yang Maha Mulia. Imam Qurtubi dalam perkara ini menjelaskan;

"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Selalu yang dapat disaksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

Saya belum pernah menyaksikan keadaan jenazah seperti ciri-ciri di atas. Semalam saya berbual dengan Saudara Muhammad Zaki Omar, sahabat baik kepada arwah Saeed Mohamad Mohamud Abdalla , warga Somalia yang meninggal dunia dalam kemalangan bas express di Bentong yang mengorban beliau dan isteri.

Saudara Zaki sempat menemui beberapa situasi keadaan jenazah arwah Saeed yang berpeluh di dahi. Sebelum jenazah dibawa masuk ke dalam kereta jenazah, saudara Zaki telah melihat wajah arwah Saeed yang berpeluh. Saudara Zaki lap dengan bajunya yang ada ditangan. 

Ketika Saudara Muhammad Zaki yang menemankan jenazah dalam perjalanan dari Hospital Bentong ke Kg Jeman, Salor Kelantan kampung arwah isteri beliau. Dalam kenderaan jenazah, beliau melihat dahi Saeed berpeluh-peluh, dan dilap sekali peluh itu.

Sekali lagi apabila adik arwah Saeed tiba pada tengah malam itu, kain penutup muka dibuka dan kelihatan dahi arwah Saeed masih lagi berpeluh. Wajah arwah kelihatan seperti sedang tidor sahaja.

Jenazah pasangan suami isteri itu dikuburkan bersebelahan pada malam itu pukul 12.30 minit di tanah perkuburan Islam kampung isterinya.

Hingga hari ini baju yang digunakan untuk lap peluh didahi arwah Saeed masih berbau harum.

Muhammad Zaki Omar menyatakan, "Saya sendiri telah menyaksikan kematian seseorang yang mempunyai tanda-tanda orang beriman menghadap Tuhannya. Peluh memercik membasahi dahi walaupun sekujur tubuh dingin membeku. Apabila peluh itu diusap, ianya tetap terus keluar dan membasahi dahi. Baju yang saya gunakan untuk mengelap peluh itu meninggalkan bau yang harum. Saya berniat untuk memberikan baju yang meninggalkan kesan harum ini kepada ibu Saeed yang kini menetap di Makkah." 

Bagaimana pula keadaan kita nanti di saat nyawa  berpisah dari jasad? Allahuaklam. Belum pasti lagi...."‎

PEMUDA YANG HEBAT..
PUNYA JIWA YANG HEBAT..
ZARIFAH..sepupuku..
SUNGGUH BERTUAH KAU BERSUAMIKAN SAEED MOHAMED..
AL-FATIHAH UNTUK KALIAN BERDUA..
BAHAGIALAH KALIAN DI SYURGA ATAS SANA..
MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI SULONG KALIAN DI SANA....BILAL..
AKU PASTI KALIAN BAHAGIA 'DI SANA'..

(Allayharham Zarifah berhasrat untuk menamakan anak yang sedang dikandung dengan nama BILAL)
(Allahyarham Zarifah sedang mengandung 4 bulan)



Friday 28 March 2014

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!

Perkongsian hari ni berlainan sedikit daripada yang biasa.. tapi ini juga penting!!

kerana .. " Akal yang sihat dari tubuh badan yang sihat "
Jom saya kongsikan..

Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert etc.
Note: These are in no particular order.


1. Roti Canai

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Fast Food

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts

Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1? dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Bonus: Gaya Hidup.


Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.


Diet Rasullulah saw

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING 
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN 
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU 
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU 
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR 
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA 
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
BERSEDERHANALAH KITA DALAM PENGAMBILAN MAKAN DAN MINUM..
INGATLAH SAUDARA KITA YANG SEDANG DALAM KELAPARAN..
JANGAN LUPA BERSEDEKAH..



Tuesday 18 February 2014

Hikmah Allah Sebut Mati Dahulu Sebelum Hidup



Mengapa Allah Sebut Mati Dahulu Sebelum Hidup?
Dalam Al-Quran Allah berfirman :
Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)
Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
  1. Tuhan jadikan mati dan hidup
  2. Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. 

Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. 

Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. 

Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah :
  • Mata terbeliak
  • Telinga kembang
  • Berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. 

Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. 

Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? 

Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. 

Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. 

Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia. 

Sumber : halaqah.net

Saturday 8 February 2014

Bahagia itu..bagaimana..?



Ramai orang yang mahukan BAHAGIA.Bahagia itu..
Pelbagai cara yang dilakukan oleh manusia2 di muka bumi ini demi mengejar secarik rasa bahagia.
Namun, ramai juga yang masih tak puas dengan apa yang dikecapi.
Kata mereka bahagia yang dicari tak sampai ke tahap yang digariskan oleh mereka.
Level yang diletakkan untuk merasa bahagia terlalu tinggi untuk digapai.
Oleh itu bahagia yang dicari juga semakin sukar untuk diraih kerna bahagia itu keterlaluan benar bagi pemiliknya.

Bahagia itu, bagaimana?

Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila mampu berbelanja ribuan, puluhan atau jutaan ringgit demi harta dunia yang sifatnya hanya sementara.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dapat menghabiskan masa untuk melancong dari satu negara ke satu negara demi berseronok cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dikelilingi kawan2 yang sentiasa ada untuk bergelak tawa bersama-sama kita.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila memiliki pelbagai barang2 yang berjenama dengan harga yang tinggi cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila kita mempunyai kekasih hati yang kononnya cantik/handsome dan jujur menyintai kita seadanya.

Andai itu bahagia, mengapa masih meminta-minta?

Betapa ramai manusia2 yang punya segala-galanya, namun masih merasakan dunia ini kosong tanpa warna. Mereka masih mencari-cari rasa bahagia kesana kemari sedangkan bahagia itu sudah ada pada mereka.
Aduh, bahagia itu universal sifatnya. Bahagia itu bukan diukur dengan nilai wang atau harta berjuta, sebaliknya bahagia itu punya definisi yang luas dan mendalam maksudnya.
Tunjukkan,
Bahagia itu, bagaimana??
Bahagia itu ialah perasaan yang tenang yang dirasai di setiap urat nadi.
Bahagia itu ialah rasa gembira sehinggakan manusia yang kaku emosinya mampu tersenyum semanis-manisnya.
Bahagia itu kadang kala dikecapi bukan kerna perkara yang sebesar-besarnya, sebaliknya ia boleh terjadi kerna perkara yang sekecil-kecil cuma.
Ada yang bahagia kerna punya kucing yang cumell dan manja cuma.
Ada yang bahagia kerna melihat pelangi yang penuh dengan warna2 ceria cuma.
Ada yang bahagia kerna dapat berlari di gigi pantai dan bermain-main dengan ombak cuma.
Ada yang bahagia kerna punya sahabat yang memahami cuma.
Bahagia itu mudah sebenarnya. Ikhlaskan hati dalam segala tindak-tanduk dan bebaskan diri dari belenggu masalah yang kadang-kala terlalu sedikit cuma.
Bila diperhatikan, manusia yang selalunya meletakkan diri mereka di dalam kategori kurang berbahagia ini sebenarnya adalah manusia yang tidak bersyukur.
Mereka2 ini terlalu banyak mempersoalkan tentang hakikat hidup ini. Belajarlah untuk bersyukur kerna dengan bersyukur itu, hati akan merasa bahagia. Insyaallah.