teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Tuesday 12 June 2012

...jangan sombong....



Kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter sudah sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong.

 Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong. Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong. 

Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong.

 Jadi, apa sebab kita mahu sombong lagi atas dunia ni?

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah". Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan". (Riwayat Muslim)

1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.

2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.
وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولاً۬
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
( Surah Al-Isra' 17: Ayat 37)


Sebarkan Dakwah...

No comments:

Post a Comment

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.
Jom eratkan ukhuwwah...fillah abadan abada...('',)