maihotshop.com

There was an error in this gadget

My Instagram

Instagram

Monday, 8 July 2013

Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti..

grey Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti
Ada Apa Pada Ramadhan
Ya Allah, Kau datangkan lagi Ramadhan padaku, ketika aku masih lagi tidak sempat mensyukuri ramadhanMu yang lalu, melalui hari-harimu kadangkala penuh rasa takbur dan tanpa rasa syukur, kadang aku lupa Kaulah maha penentu, ketika merasakan kebenaran itu hanya milikku. Dan dengan datangnya bulan suciMu, bulan yang penuh rahmatMu, aku bermohon,aku bersujud padaMu, memohon seribu keampunan dariMu.

Ramai yang menanti bulan Ramadhan tapi tahukah anda Apa yang ada pada bulan Ramadhan ? Sehinggakan di dalam sebuah hadith, walaupun statusnya lemah tapi boleh dipakai untuk tujuan Fadha’il Amal.
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

10 Perkara Yang Ada Pada Ramadhan

1. Puasa
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharap-harapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Hadith Riwayat al-Bukhari )
2. Gandaan Pahala
Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan
3. Berita gembira
Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga)
4. Amaran
Hilangnya pahala puasa
Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad)
5. Zakat Fitrah
Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga.
6. Solat Tarawih
Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya
7. Lailatul Qadar
Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan.
8. Al-Quran
Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini.
9. Keredhaan
Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan.
Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita.
10. Aidilfitri
Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini.
Dengan 10 perkara mengenai Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti ini, Semoga kita lebih berilmu dan bersemangat untuk mencapai Redha Allah. Salam Ramadhan buat rakan blogger, pembaca blog humaira-solehah.blogspot.com/ dan seluruh umat islam.
Sesungguhnya, Ramadhan boleh menyebabkan kita dirahmati, Ramadhan juga boleh menyebabkan kita dilaknat
Semoga rahmat Allah yang sentiasa berada di sisi hidup kita, dan semoga Ramadhan kali ini terbaik pernah kita lalui
1 Pahala Sunat = 1 Pahala Fardhu
1 Pahala Fardhu = 70 Pahala Fardhu
***jom tingkatkan amal dan perbanyakkanlah istighfar memohon keampunan dariNya,
ALANGKAH RUGI jika saat kita melakukan aktiviti SEHARIAN TANPA IBADAH..sekecil zikrullah..
Subhanallah
Alhamdulillah
La ilaha illallah
Allahu Akbar
KECIL BAGI KITA TAPI BESAR GANJARAN PAHALANYA DISISI ALLAH
RINGAN DI LIDAH BERAT DI AL-MIZAN..

Ya Allah mudahan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik kepada kami dengan segala amal ibadah. Jika ini adalah Ramadhan terakhir maka Engkau anugerahkan kepada kami keampunan dan kerahmatan sehingga ke hari pertemuan dengan Mu. Ameen
***jom 'grab' pahala banyak..
mohon maaf pada semua sahabat muslimin muslimat  kiranya diriku yang hina lagi dhaif ini banyak lakukan kesilapan~~
“Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan.”
"...Lihatlah Pada Apa Yang Disampaikan...
Bukan Pada Siapa Yang Menyampaikan..."
~akucumahambayangtidakpunya apa~


Marhaban Ya Ramadhan
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

**malam ni jangan lupa bangun sahur yea sahabat =)