maihotshop.com

There was an error in this gadget

My Instagram

Instagram

Monday, 29 October 2012

Temuduga Tertutup sebagai calon jenazah..


Temuduga Sbg “Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:

1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang. Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail...





Sumber: Tanyalah Ustazah-TV9

Saturday, 13 October 2012

Melihat Alam Aku Tenang


Jika HATI disakiti dengan PENGKHIANATAN, maka balaslah dengan DOA yangBAIK.
Jika PATAH HATI, maka sambunglah dengan BERMUHASABAH diri.
Jika HATI mu sakit, maka BERZIKIRLAH dan mendekatkan diri kepada Allah.
Meskipun semua itu tidak mudah, ketika HATI DISAKITI, cinta diKHIANATI,dan PATAH HATI…. Tetapi ketahuilah bahawa ALLAH sentiasa ada di sisi. 
TETAPLAH terus setia mengabdi diri, kerana ciptaanNYA yang lain setia, pandanglah alam kita akan sedar. Alam berbicara sedang orang-orang yang berfikir sahaja dapat memahaminya. InsyaAllah.