Kepada setiap
muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan
Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap
pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga
norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita
yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya
pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada
pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt.
Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat
petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia
melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari
agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang
murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah
sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan
bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di
keningnya.
Wahai wanita
muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma.
Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar
dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun
dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi
perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang
menipu rasa malu. Ucapanmu
adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah
berfikir.
Saat itulah
engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah
segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt
akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan
kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang
mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu.
Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada
simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada
kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji.
Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba,
namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah,
yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya
sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya
memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita
yang paling bahagia di dunia.
Sebarkan Dakwah...('',)
Sebarkan Dakwah...('',)
No comments:
Post a Comment
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.
Jom eratkan ukhuwwah...fillah abadan abada...('',)