VIDEO selama lebih
empat minit ini boleh ditonton di YouTube.
Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding
Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah.
Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu
bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah.
Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut
dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan
beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek
itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci
bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit
di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk
memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah
menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman
gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh
pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan
Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat
elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa
lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil
Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan
pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya
Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang
menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh
ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat
replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan
sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat
al-Quran.
PINTU Kaabah yang
seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.
Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki
Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000
kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh
pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad
SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani
Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang
pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali
diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu
Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani
Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya,
‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam.
Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati
ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk
memegang kunci Kaabah sehingga hari ini...
Kunci Kaabah
|
No comments:
Post a Comment
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.
Jom eratkan ukhuwwah...fillah abadan abada...('',)