teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Tuesday 5 June 2012

Dr. Muhaya : Video Inspirasi Buat Dirimu Menangis

Ingin saya kongsikan satu video daripada kisah kehidupan seorang muslimah, ibu, pendakwah, motivator, pensyarah dan pada masa yang sama seorang doktor yang berjaya. Inspirasibuat mereka yang mengambil bidang perubatan baik doktor dan jururawat khususnya dan semua kerjaya dan cita-cita umunya.
“Bila kita jadi seorang pensyarah sama macam guru, guru yang biasa hanya memberitahu, guru yang bagus memberi keterangan, guru yg hebat beri inspirasi sebab itu sebagai pensyarah bila kita nak mengajar anak murid kita nak tentukan bahawa kita mengajar bukan nak tunjuk kita pandai, kita mengajar utk kesan pd pelajar.  Jadi bila kita buat sesuatu apa kerja doktor, macam orang media pun kita buat sesuatu bukan nak tunjuk hebat tetapi ingin memberi manfaat itulah rahsia dalam gagah.” (Prof Dr. Muhaya Hj. Mohamad)
Hayati setiap bait katanya.. Tersentuh menangis mendengar kesungguhan serta keperibadian dirinya, alangkah baiknya kita juga punya kejernihan hati dan fikir positif seperti beliau. Moga video inimenjentik emosi serta perasaan kita, ambil masa mendengar, banyak ilmu tentang kehidupandisampaikan dalamnya.



“Kalau kita bekerja untuk pangkat, kita akan bergantung pada pangkat.
Kalau kita bersandar pada tiang, kita takut tiang itu jatuh,
tetapi jika bersandar pada Allah, Allah sentiada ada..
Jadi hari-hari apa yang saya fikirkan ialah
bagaimana saya nak dapatkan “husnol khotimah”
(Pengakhiran iaitu meninggal dunia dengan cara yang paling baik)
(Prof Dr. Muhaya Hj. Mohamad)
Teringat hadis Nabi SAW, SubhanaALLAH! : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.”
Sebarkan Dakwah...

No comments:

Post a Comment

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.
Jom eratkan ukhuwwah...fillah abadan abada...('',)