teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Wednesday 16 May 2012

Ujian itu...

‎"..Rebah dan bangkit, gagal dan berjaya, kalah dan menang, sedih dan gembira, derita dan bahagia serta sebagainya adalah lumrah bagi kehidupan setiap manusia.."

Ia suatu kemestian dalam hidup manusia, tiada orang yang tidak pernah gelisah dan resah jiwanya, tiada orang yang tidak pernah sedih dan berduka, tiada orang yang tidak pernah merasai saat sukar dan derita.. kerana setiap manusia pasti akan menempuhinya. Cuma mungkin yang berbezanya adalah pada masa atau keadaan dan perkara yang berlainan yang dihadapinya..

Maka, janganlah kecewa dan berputus asa bila rebah, gagal atau kalah.. Kerana seorang mukmin tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa. Seorang mukmin akan terus bangkit jika dia rebah, akan terus berusaha sekiranya dia gagal dan kalah, kerana dia tahu hakikat pengakhiran dirinya itu hanyalah apabila nyawanya diambil kembali oleh Allah Ta'ala..

“Janganlah engkau putus asa kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok.”

[Wasiat Imam Hassan Al Banna]



Dan janganlah pula kerana kemewahan, kesenangan, kejayaan dan sebagainya membuatkan kita alpa dan leka, menjadikan kita berasa gah dan bangga diri, kerana sekiranya kita bersikap demikian, kita sebenarnya telah rebah, kalah dan gagal kerana kita kalah kepada hawa nafsu dan godaan syaitan.

Sesungguhnya manusia itu akan tetap diuji dan terus diuji di sepanjang hidupnya. Namun kita lebih familiar bahawa ujian itu berbentuk pada penderitaan, kesusahan, kesulitan dan sebagainya, walhal ujian itu juga boleh jadi pada kesenangan, kemewahan, kejayaan, dan sebagainya.

Sesungguhnya setiap apa yang dimiliki dan dirasai, pasti akan dipersoalkan olehNya di akhirat nanti. Kita tidak mempunyai apa-apa di dunia ini, kerana kita hanya sekadar meminjam. Maka jika meminjam, pastilah perlu dipulangkan.. serta pastilah juga akan dipertanggungjawabkan setiap apa yang dipinjamkan itu.. Wallahu'alam



Sebarkan Dakwah..('',)

No comments:

Post a Comment

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.
Jom eratkan ukhuwwah...fillah abadan abada...('',)