teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Sunday 26 August 2012

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin


"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"

Tahu tak siapa beliau?

Hari ini nak berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004. Sahabat² kenal tak dgn beliau? 

Hmmm.. Sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dgn siapa beliau sebelum ini. Kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi alhamdulillah, kak Anisa Husna (AniUna) telah menceritakan sedikit latar belakang beliau sehingga bagaimana beliau menemui ajal berdasarkan sebuah buku yg pernah dibacanya. (tapi kak AniUna tak ingat buku apa. Kalau ada yang tahu tajuk buku tu inform saya ya). 



:: Kagum dengan beliau. Kenapa? 


Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda & suda tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya utk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam & jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besarAllahuakhbar!!!




Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".




Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya.Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, 


*☆ Namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yg kabur  &  telinga yg tidak dapat mendengar lagi dgn baik. Ditambah dgn penyakit jantung serta gangguan pencernaan.


Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. 


*☆ Namun, fizikalnya yg rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah  &  para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata ² nya diterima pakai & dilaksanakan.


Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’  &  memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.


Tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah(Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin PalestinSheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama. 


Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yg lain seperti PLO yg agak berhaluan sekular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar²an Palestin kali pertama dibangkitkan.

***************************************

:: Sedih dengar cara kematian beliau. JAHATNYA YAHUDI. YAHUDI LAKNATULLAH(pernah dengar satu ceramah kalau dengar perkataan YAHUDI sambung dgn perkataanLAKNATULLAH). Tak sanggup nak tengok gambar beliau ditembak di kepala seusai solat subuh. Kugagahkan diri untuk melihatnya  &  beginilah keadaannya...


Melihat gambar ini sahaja begitu meruntun hatiku








Dan ini lagi. MasyaAllah begitu kejam kamu YAHUDI LAKNATULLAH


Bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandang berterabur selepas ditembak 3 peluru sekaligus. Saya tak dapat bayangkan..


Sedih tak? 

Kalau kita yg tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama dgn beliau yg melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya. 





Allahurabbi. Lihatlah bagaimana keadaan beliau... 


Nak tahu bagaimana ini semua berlaku? Teruskan membaca...(",)

Detik² akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah utk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak olehhelikopter Apache tepat mengenai kepala  &  tubuhnya. Kepalanya hancur  &  tangannya putus. Kerusi roda yg dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu &  dimasukkan ke dlm plastik.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari² terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri. 

“Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan  &  memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata² As-Syahid Sheikh Ahmad Yasinpada anak²nya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy &  berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. 


Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid  &  mereka bertindak mengambil tayar² serta membakarnya agar asap yg naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. 

Beliau terus keluar dari pintu masjid  &  sejurus itu, peluru menghentam beliau  &  para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.


Sedih memang sedih tapi bila dihitung², bila dicongak², bila dibilang² kita ini sedar tak tanggungjawab memperjuangkan Islam di bumi PALESTIN? Kita ini sedar tak tanggungjawab membebaskan PALESTIN daripada genggaman YAHUDI LAKNATULLAH? Macam mana? InsyaAllah jika diberi kesempatan satu entry tentang "Tanggungjawab Kita Pada Palestin" akan saya tulis

*******************************************

Hayati setiap bait kata² As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..


:x Wahai anak²ku, telah tiba saatnya kalian 1-kembali kpd ALLAH dgn meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya jauh drpd kehidupan kalian. 

:xTelah tiba saatnya kalian 2-bangun & melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk kalian 3-menghiasi diri dgn akhlak yg mulia4-mengamalkan kandungan al-Quran serta 5-mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

:xAku menyeru kalian wahai anak²ku untuk 6-solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak ² ku, utk 7-mendekat diri kpd sunnah Nabi kalian yg agung.

:xWahai para pemuda, aku ingin kalian 8-menyedari & menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-menghadap ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-menghormati orang yg lebih tua & 11-menyayangi orang yg lebih muda.

:xAku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia & dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai anak²ku, aku amat berharap kalian 12-tidak sibuk dgn muzik & 13-tidak terjerumus ke dlm arus syahwat.

:xWahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kpd ALLAH akan 14-mengenakan hijab secara jujur & betul. Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-mengambil peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

:xKepada semua, aku ingin kalian 17-bersiap sedia utk menghadapi segala sesuatuyg akan datang. 18-Bersiaplah dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar & mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.

:xBiasakan diri kalian agar dapat 19-melindungi diri & 20-membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd ALLAH.


".... meskipun mereka membunuh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan utk mereka 100 orang As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yg terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."

Allahuakhbar, melihat pengorbanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sendiri. Belum layak & jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama. Masih banyak lagi tugas yg perlu saya & kita² lakukan. 


Mari kita usahakn bersama² utk memperbaiki diri & mengajak sahabat yg lain ke jalan perjuangan Islam ini. 


Semoga Allah menguatkan hati² kita utk memperjuangkan & menegakkan Islam sehingga hela nafas yg terakhir & janganlah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yg tercicir..

Syukran Jazilan Khatiron krn sudi membaca hingga akhir.


Al-Fatihah buat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

Saturday 25 August 2012

Puasa 6 di bulan Syawal..


Assalamualaikum wbt dan salam lebaran
Bertemu lagi kita di catatan ustazah pada kali ini dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan bersama iaitu tajuk “PUASA SUNAT SYAWAL/ PUASA ENAM”
Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)
Lihatlah ya betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ni seperti mana yang telah termaktub didalam hadis di atas. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.. sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun ya..kalau ustazah sendiri pun entahlah siap dgn “uzur syarie” lagi..dh tentu tk dapat punya!.
Sebenarnya pagi tadi di sekolah ustazah, sedang kami duduk2 berehat di staf room adalah seorang kawan ni bertanya ustazah k” ada orang kata bila kita puasa 6 di bulan Syawal kita kena niat dua kali, betul ke ustazah?” Apa..kena niat dua kali kenapa pula ? saya bertanya lagi kerana tak berapa faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Katanya lagi:” ya la..satu niat puasa ganti, satu lagi niat puasa 6.Ustazah tolonglah beritahu saya yang mana yang sebenarnya kena ganti puasa wajib dulu ke? atau buat puasa 6 dulu kami pun dah keliru ni?kata sahabat ustazah yang lain pula.
Macam nilah ye:
1. Kita kena dahulukan perkerjaan atau perbuatan yang disuruh Allah itu yang wajib dahulu, jadi..kita terutama orang perempuan yang berniat hendak mencari pahala lebih dengan melakukan puasa sunat 6 di bulan Syawal itu mestilah terlebih dahulu mengganti atau mengqadakan puasa wajib bulan ramadhan yang telah ditinggalkannya. Tidak kiralah disebabkan oleh haid,nifas, wiladah atau pun sakit. Setelah itu bolehlah terus berpuasa sunat Syawal yang 6 hari itu tadi.
2. Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi, Allah itu Maha Penyanyang Lagi Maha Adil.  Sangat beruntung kita yang menjadi ummat islam ini.
3. Jika begitulah keadaannya kita orang perempuan bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula.Ganti awal2 kan senang, nyawa kita ni umpama telur dihujung tanduk, dh lah kita pinjam sukahati Allah lah nak ambil balik bikla2 Dia suka kan ..
Tetapi kebanyak orang melayu dan orang islam sekarang ini, banyak yang silap konsep mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Lihat sahajalah masjid atau surau sekarang sudah sunyi semula, kekurangan jemaah berbanding semasa solat sunat tarawih tempohari penuh, sampai solat di kaki lima masjid atau surau. Sama juga fenomena waktu solat fardhu subuh pada 1 Syawal yang lalu masjid sunyi je hanya jemaah yang ‘tegar’ sahaja yang ada tapi bila masa Solat Sunat Aidilfitri melimpah2 orang.. ada yang sampai solat di atas rumput,  punya ramainye orang.. Perkara ini jugalah yang telah dibincangkan dalam AL-kuliyah TV3 pada Jumaat 25.9.09 yang lepas dgn tajuk Aidilfitri bertaqwa.
Harapan ustazah janganlah kita silap dalam melakukan kerja 2 , amalan2 atau perintah Allah. Dulukan yang Fardhu (wajib) daripada yang sunat.
Wassalam
-ustazah azimah-

Jom Puasa 6 Hari...!!!


PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL







Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Sollallohu ‘alaihi wa sallam: “Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, pu
asa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164). Dari Tsauban, Rosululloh Sollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya iaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”







Dilakukan Setelah Iedul Fithri

Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rosululloh Sollallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khothob, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosululloh melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi rohimahulloh menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, mahupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal soleh. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafadz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.

Mendahulukan Puasa Qodho’

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qodho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qodho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab rohimahulloh berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhon, hendaklah ia mendahulukan qodho’nya terlebih dahulu kerana hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.

Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Sollallohu ‘alaihi wa sallam. Wallohu a’lam bish showab.