teratakserimurni.blogspot.com

My Instagram

Instagram

Sunday 27 May 2012

Belia Acuan Islam


Satu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert K Pop di Hari Belia.

Anak: Ayah, jom gi Putrajaya malam ni. Saya nak tengok K Pop live n ambil gambar diorang.
Ayah: Ok. Tapi sebelum tu, kita makan malam dulu ye.
Anak: Orait. 

Sebelum makan, si ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan sang anak.

Ayah: Makanlah tomyam ni. Sedapkan bau dia. Tapi tadi, ayah campur sikit tahi kucing. Tapi, tak berubah pun rasa, bau dan warna dia.
Anak: Eeeii.. Ape ni ayah? Kotor la. Tahi kucing tu kan najis. Macam mana kita nak makan.
Ayah: Cuba la sikit, ok je rasa dia.
Anak: Ayah, kita kan orang Islam. Lagipun, tak logik akal nak makan benda yang bercampur dengan najis. 

Ayah: Hmm.. Kalau kita ni manusia biasa pun bijak untuk menilai, makanan ni kotor sebab bercampur dengan najis. Allah mesti lagi bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab ia da bercampur perkara maksiat. Apatah lagi melihat orang yang terkinja-kinja menari, dedah aurat sana sini, duduk pula bercampur laki perempuan, semua tu melebihi batas yang Islam dah gariskan.
Anak: Gulpp.. Hebatnya perumpamaan ayah ni. Saya dah tak selera nak makan tomyam lagi dan yang lebih penting, saya tak selera nak minat K Pop lagi  ^_^
Ayah: Alhamdulillah kalau anak ayah faham. Islam tak pernah larang umatnya berhibur. Asalkan jangan melampau. Hiburan ni macam garam dalam makanan la. Kalau terkurang, tawar. Kalau terlebih, masin. Jadi, letaklah secukup yang perlu saja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa, dan lagi cantik kalau hiburan tu dapat bawa kita ingat Allah. 
Anak: Asal tadi nak tengok K Pop, tapi sekarang dapat dengar tazkirah daripada ayah pulak. Betullah, Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita NAK. Terima kasih ayah..

Hendak Taat, Tinggalkan Maksiat
Memetik keratan akhbar di bawah, konsert Hari Belia bawa mesej kerohanian buat remaja. Dan saya petik juga kata2 daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom "Sebenarnya kepelbagaian program ini perlu diterjemahkan secara lebih luas termasuk bacaan surah Yasin, tahlil dan khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Putrajaya. Himpunan Jutaan Belia sebenarnya menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada program bersifat hiburan dan sukan semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai kerohanian dan pembangunan modal insan.

Pelik aih dengan statement ni. Bacaan Yaasin, khutbah Jumaat dan tahlil tu tak perlu tunggu program besar yang menelan berjuta ringgit. Bukankah itu amalan biasa rakyat Malaysia negara Islam ni? Serius konfius. Kalau benar nakkan program kerohanian untuk belia, jagalah barokah nya. Macam mana nak barokah? Tinggalkanlah maksiat. Noktah!

"Melihatkan gambar sekitar Hari belia ni menjadikan saya tidak mampu bersangka baik. Bukan ini caranya untuk hasilkan belia impian Rasulullah saw, Imam Hassan Al Banna, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi".

Andai Rasulullah masih hidup dan berada di sana, apa agaknya perasaan Rasulullah? Suka atau kecewa? Baginda pernah dilempar batu di Taif kerana dakwah, Baginda pernah diletakkan najis unta sewaktu solat kerana dakwah, Baginda pernah dicaci dipukul oleh Abu Jahal kerana dakwah, Baginda pernah patah giginya di medan Uhud kerana dakwah, baginda pernah diracun sewaktu perang Khaibar kerana dakwah. Tapi anak muda hari ni? Terkinja2 seronok melihat K Pop, sepanjang hari mengadap laptop menonton movie, sibuk bergosip cerita sana sini.. Allahurabbi. Bukan ini belia yang Islam harapkan. Bukan ini belia yang Rasulullah mahukan. Pemuda zaman Nabi fikir strategi nak bunuh musuh2 Islam, tapi pemuda hari ni hanya sibuk study dan masalah diri sendiri sahaja. Bahkan, belia Islam hari ni lagi kenal artis2 barat daripada kenal para sahabat dan ulama' salafus soleh..

Benarlah kata2 Syeikh Abu A'la Al Maududi dalam risalahnya 'Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini', "Penjajahan tanah air berubah ke arah penjajahan fikiran. Seburuk2 kesan yang kita terima ialah jatuhnya umat Islam ke lembah kebinasaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral, dan peniruan budaya barat".



Tertarik dengan ucapan Timb PM kita, "Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahankan hak. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara saudari adalah para mujahid mujahidah".. 

Jadi, pilihlah dengan akal yang sihat berpaksikan Islam di depan. Kalau nak pilih pasangan, mesti nak pilih yang beragama. Jadi, kalau nak pilih pemimpin pun, pilihlah yang beragama. Yang mana membawa kita lebih megingati Allah, bukan lagi jauh daripada Allah.

 Janji Allah itu pasti. Yang haq pasti akan menang, cepat atau lambat. 


sebarkan dakwah...

Monday 21 May 2012

18 Cara Merawat Hati


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Bukhari dan Muslim
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan mengalami penyembuhan.
Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :


1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
Sebarkan Dakwah...

Wednesday 16 May 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI



1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah



Sebarkan Dakwah..('',)

Ujian itu...

‎"..Rebah dan bangkit, gagal dan berjaya, kalah dan menang, sedih dan gembira, derita dan bahagia serta sebagainya adalah lumrah bagi kehidupan setiap manusia.."

Ia suatu kemestian dalam hidup manusia, tiada orang yang tidak pernah gelisah dan resah jiwanya, tiada orang yang tidak pernah sedih dan berduka, tiada orang yang tidak pernah merasai saat sukar dan derita.. kerana setiap manusia pasti akan menempuhinya. Cuma mungkin yang berbezanya adalah pada masa atau keadaan dan perkara yang berlainan yang dihadapinya..

Maka, janganlah kecewa dan berputus asa bila rebah, gagal atau kalah.. Kerana seorang mukmin tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa. Seorang mukmin akan terus bangkit jika dia rebah, akan terus berusaha sekiranya dia gagal dan kalah, kerana dia tahu hakikat pengakhiran dirinya itu hanyalah apabila nyawanya diambil kembali oleh Allah Ta'ala..

“Janganlah engkau putus asa kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok.”

[Wasiat Imam Hassan Al Banna]



Dan janganlah pula kerana kemewahan, kesenangan, kejayaan dan sebagainya membuatkan kita alpa dan leka, menjadikan kita berasa gah dan bangga diri, kerana sekiranya kita bersikap demikian, kita sebenarnya telah rebah, kalah dan gagal kerana kita kalah kepada hawa nafsu dan godaan syaitan.

Sesungguhnya manusia itu akan tetap diuji dan terus diuji di sepanjang hidupnya. Namun kita lebih familiar bahawa ujian itu berbentuk pada penderitaan, kesusahan, kesulitan dan sebagainya, walhal ujian itu juga boleh jadi pada kesenangan, kemewahan, kejayaan, dan sebagainya.

Sesungguhnya setiap apa yang dimiliki dan dirasai, pasti akan dipersoalkan olehNya di akhirat nanti. Kita tidak mempunyai apa-apa di dunia ini, kerana kita hanya sekadar meminjam. Maka jika meminjam, pastilah perlu dipulangkan.. serta pastilah juga akan dipertanggungjawabkan setiap apa yang dipinjamkan itu.. Wallahu'alam



Sebarkan Dakwah..('',)

Kuatkanlah Imanku Ya Allah...


Wahai muslimah, ingin menjadikan Saidatina Fatimah sebagai idola kalian, maka ikutlah nasihatnya... 

"...Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali, tidak suka memandang dan dipandang. Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki, dan di bibir-bibir lelaki tidak meniti namanya..."

[Saidatina Fatimah radiyallahu’anha]

Sunday 13 May 2012

Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu...


SAUDAH BINTI ZAM’AH R.HA.
“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

   Saudah binti Zam’ah, beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.

Beliau digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana kepentingan agama, bukannya nafsu?!

Mari Berkenalan

Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.

Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah

Ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan tauhid.

Menyaksikan Suami Disiksa

            Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran Muhamad semakin berkesan di hati.  Mengamuklah orang-orang kafir Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas kasihan.
Mengalir air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela mereka yang teraniaya.
Rasulullah SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang tenang di bawah naungan iman.
Setenang manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.

Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia

Saudah masih berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di akhirat.
Setelah pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
 “Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,” jawab Khaulah.  Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no. 15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham. (Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).

Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya

Saudah menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin sehingga memancing  simpati Nabi terhadapnya.
Beliau juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita tentangnya.

Hijrah Kedua

Kekejaman musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah, Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm. 237-238).
Saudah menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha.  Beliau tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka berdua.

Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi

Saudah sedar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan dinda terus  menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah, Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat dermawan dan murah hati.

Kenangan Terindah

Pertanyaan Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW  yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya...

Sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
best cite ni...indah sungguh ..('',)...subhanallah...

Saturday 12 May 2012

SEBELUM AIR MATA INI HABIS..



Buat mereka yang ingin atau sedang menangis kerana terluka dengan seseorang ataupun menangis kerana putus cinta, ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa, di sini saya ingin berkongsikan artikel daripada seorang sahabat tentang menangis juga. Moga kita dapat menangis bersama-sama, secara berjemaah kerana Allah.

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:

“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”

Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya.

Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat sama ada semua orang telah tidur atau tidak.

Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab.
 “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi.
 “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”

Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

TAKUT KERANA ALLAH

Rasulullah SAW bersabda:

“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.


Sesungguhnya Allah berkata : "Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah bahawa :

Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah SAW yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad SAW berusaha untuk menolaknya sambil berkata;
 “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq (benar), demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril AS : Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “
 Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah SAW melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad SAW bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”


Rasulullah SAW seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah SAW, sesungguhnya baginda bersabda :

“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka?

Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” 

Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” 

Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah.

Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?”

Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8 : Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna:
 “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” 

Dan Rasulullah SAW telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah SWT. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

MENANGISLAH KERANA ALLAH

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia, menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta Korea, Hindustan atau seumpamanya.

Cinta! Cinta! Cinta duniawi.

Istighfarlah kita! Sedarlah! Bangkitlah dari lena. Sebutlah "Ya Allah!!!"

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menagih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. 

Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

BAGAIMANA AIR MATAKU?

Benar-benar terkesan :

Rasulullah SAW seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Seringkali air mata ini tertumpah dek dunia. Sehinggakan tidak sedar bahawa itulah rezeki yang tinggal untuk aku di akhirat sana. Bila ditarik nikmat mata ini, masih tersisakah air mata? Berbakikah? atau sudah habis untuk ditangisi apa-apa?

Bicara iman, hadirlah kau untuk menemankan air mata aku yang terlerai agar air mata ini terpilih untuk dipajakgadaikan di depan Allah kelak. Kaulah hartaku. Kaulah bukti bahawa diriku ternoda dengan keinsafan. Sedarkanlah aku, peringatkanlah aku tentang ujian di dunia tidak semegah dengan keindahan syurga. 

Sebaik baik air mata adalah  tangisan air mata yang menangis kerana takutkan Allah..
yang mana di akhirat nanti dapat memadamkan api neraka..!!!

Sebarkan Dakwah..('',)

Sungguh, Kamu Pencabar Terhebat. Syabas!



Apabila berdakwah, ada yang begitu keras hatinya untuk menerima. Ada yang lembut hati cuma susah mahu melakukan perubahan.
Yang keras punya seribu alasan. Yang lembut masih boleh dirunding. Terutama berkaitan masalah aurat. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Kaum Hawa.
Mereka yang mengajak kita ke arah kebaikan adalah mereka yang sayangkan kita. Jadi, cuba dengar apa yang mereka mahu bicarakan.
Kerana mungkin kita berada pada lorong yang salah. Seharusnya bersyukur ada yang mahu menegur.
Ada yang memerhati kelakuan kita yang salah dan terpanggil untuk memperbetul. Kita yang ditegur seharusnya duduk dan berfikir. Bukan menjunjung ego setinggi langit. Kerana mereka menegur kita sebagai peringatan. Kita hanya seorang hamba. Jangan cuba berani mencabar Pencipta.
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Baik, pada mulanya bersangka baik. Mungkin kamu tidak tahu. Dalil aku kemukakan. Lihatlah surah An-Nur ayat 31.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya)......"
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Apakah kamu mahu berdalih lagi? Mari kuingatkan kembali apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan, belum sampai serunya. Mungkinkah maksudmu, itu seruan Malaikat Izrail? Dan waktu itu, apa yang kamu mahu lakukan? Senyum mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan memakai tudung perlulah ikhlas dari hati. Tidakkah kamu tahu, ikhlas itu hadir setelah perbuatan? Andai tiada usaha ke arah kebaikan, mana mungkin hatimu cuba untuk ikhlas sepenuhnya?
Dan lagi, andai menunggu untuk ikhlas, sebenarnya tiada sesiapa pun yang mengetahui dirinya benar ikhlas atau tidak. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui. Oh, adakah itu bermakna, kamu selamanya tidak akan pernah menutup aurat dengan sempurna?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Tetapi kamu memilih untuk  mendedahkan mahkotamu. Lebih lagi, sungguh berani meng'upload' foto yang tidak perlu di'zoom in'. Sungguh berani memaparkan foto yang bisa meruntuhkan iman dan jiwa si pria, malahan dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna pada mata kasar. Yang bukan lagi khusus buat takdirmu. Suamimu.
Wahai hamba,
Allah menyuruhmu untuk menutup aurat. Katamu yang menutup aurat itu tidak semestinya baik. Dan yang mendedahkan aurat itu tidak semestinya jahat. Oh, mungkin maksudmu melanggar peraturan dan suruhan Allah itu, baik? Begitu mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan 'panas'! Jika di dunia sudah kamu mengatakan panas dan liat mentaati suruhan-Nya, apakah kamu mengira kamu bisa terlepas di akhirat kelak?
Katamu lagi, ibu bapamu tidak pernah melarang, mengapa aku pula yang sibuk menegur? Ingin sekali aku bertanya, siapakah yang menciptamu?
Di tanah siapakah dirimu berdiri?
Bukankah Allah S.W.T yang menciptakanmu?
Bukankah di bumi Allah S.W.T kamu berpijak?
Kamu berjalan di dunia ini mengikut peraturan manusia atau syariat Allah S.W.T?
Apakah kamu jamin kamu bisa lari saat Allah S.W.T meletakkan dirimu di neraka? Jika ya, tidak mengapa. Lupakanlah kata-kataku ini.
Sungguh, kamu begitu berani mencabar Dia. Sungguh kamu pencabar terhebat. Syabas.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Bukan hanya membalut tubuh. Itu salah. Usah kau sanggul tinggi rambutmu di atas kepala. Tetapi letaklah posisi sanggul dalam tudung itu di bahagian belakang kepala atau sedikit ke bawah berhampiran leher.
Lupakah dirimu apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W?
Laknat bagi wanita yang meninggikan sanggul di atas kepala. Bukankah Baginda yang kau cintai?
Di mana bukti katamu?
Usah biarkan Rasulullah S.A.W menangis kelak kerana ingkarnya umat daripada mentaati Allah S.W.T. Tegarkah?
Baginda S.A.W yang masih tetap mengingati umatnya walau sewaktu sakaratul maut datang menjemput! Namun apa yang kita lakukan? Memijak risalah Baginda! Tidak berhati perut. Menangislah. Andai hati itu masih bisa melihat.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Pernahkah bertanya kepada diri, mengapakah?
Kerana kasihnya Dia kepada kita! Lupakah kamu apa yang dipesankan Rasulullah S.A.W?
Kita wanita fitnah akhir zaman! Padamlah segera foto menutup aurat yang ditayang umum. Foto menutup aurat pada mata kasar, namun tidak pada syariat. Tudung tidak dilabuhkan menutupi dada, baju ketat, berbaju kurung tetapi beraksi manja, kaki jelas kelihatan, memakai blaus dengan lengan terdedah.
Aku menyayangimu. Padamlah. Aku sudah tidak tahu lagi apa yang harus ku katakan. Bagaimana lagi harus ku katakan supaya tutuplah aurat bukannya membalut aurat. Simpanlah foto yang cantik itu. Hanya buat tatapan yang berhak. Tiadalah aku mengatakan haram.
Letaklah andai dirimu mahu tetapi pesanku berpadalah. Juga waspada terhadap mata-mata liar bernafsu. Ingin sekali ku mengingatkan apa yang dipesan Saidatina Aisyah. Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan yang tidak dipandang. Bukankah katamu mahu seperti wanita ini?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kerana itu adalah kehormatanmu. Islam datang mengangkat martabat wanita. Tutuplah aurat supaya kamu dihormati. Jika berdegil, usah ditanya mengapa kamu mengalami gangguan seksual. Usah ditanya mengapa kamu diajak ke arah lembah perzinaan. Lihat apa yang kamu lakukan.
Kanak-kanak yang dinodai itu tidak bersalah hatta perempuan yang diragut kehormatannya oleh syaitan bertopengkan manusia walaupun aurat ditutup rapi. Tidakkah itu salah mereka yang mendedahkan aurat?
Tidakkah itu salah mereka yang meng'upload' foto dengan mimik muka yang menggoda dan manja?
Sehingga membangkitkan nafsu syahwat kaum Adam?
Seterusnya mereka yang tidak berdosa itu menjadi mangsa? Tegarkah kamu?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu hairan mengapa aku begitu menyibuk. Aku bukan menyibuk. Ini bukti sayangku kepadamu.
Bukankah aku ini muslimah? Begitu juga dirimu? Bukankah Islam agama kita? Ya, aku tidak sempurna.
Tetapi aku ingin sedayanya menjadi hamba yang mendengar dan taat. Bersamamu bukan keseorangan. Bencilah aku jika itu dapat memuaskan hatimu. Tamparlah aku jika itu dapat melepaskan amarahmu. Namun, aku tidak akan pernah membencimu walau sekelumit. Aku tetap menyayangimu kerana Allah S.W.T. Kerana kamu saudara seakidahku. Saudara atas iman.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan itu hak masing-masing, kubur kita lain-lain dan aku tidak berhak menegurmu. Ketahuilah, menutup aurat itu bukanlah kehendak kita sama ada mahu atau tidak, tetapi ia merupakan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Melainkan Islam itu bukan agamamu? Melainkan al-Quran dan as-Sunnah itu bukan peganganmu? Melainkan Muhammad S.A.W  itu bukan Rasulmu? Melainkan Allah S.W.T itu bukan Tuhanmu?
Jika bukan, tidak mengapa. Dedahlah sebanyak mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Perbetulkanlah niat. Bukan untuk kelihatan cantik dan solehah di hadapan jutaan pria. Tetapi untuk mendamba keredaan-Nya.
Bukan untuk menggayakan pakaian mewah walau syariat dilanggar. Tetapi ia adalah pakaian malu yang menyekat diri daripada memasuki pintu-pintu maksiat. Bukan sekadar untuk menggayakan fesyen moden terkini kerana katamu usah kekampungan menyarung baju kurung dan tudung labuh. Tetapi ini adalah bukti usaha menjadi hamba taat yang menggayakan fesyen menuju ke Syurga.
Jika hatimu masih lagi keras wahai hamba. Walau beribu pesanan dan peringatan telah datang.
Sungguh, kamu masih begitu berani mencabar Dia. Sungguh kamu pencabar terhebat. Syabas.
Allah S.W.T menyuruh untuk saling menyayangi antara satu sama lain.
Sungguh kucoretkan ini bukti sayang kepadamu. Sungguh kucoretkan ini bukti keprihatinanku kepadamu. Sungguh kucoretkan ini harapanku kepadamu juga kepadaku.
Tegarkah kamu menghancurkan hatiku?
Sungguh kucoretkan ini, agar runtuh ego. Usah berani mencabar Pencipta sendiri, usah menunjuk kehebatan melanggar suruhan. Sedangkan kaki sendiri berpijak di bumi Tuhan. Usah berdegil mentaati-Nya. Andai diri sendiri juga tidak mampu mengelak dari bahang api neraka, di sana nanti.
Andai saat ini terdetik di hati ingin berubah, berubahlah dengan segera,
Kerana Malaikat Izrail itu tak akan menunggu,
Tidak peduli akan rayuan,
Walau sesaat, meminta penangguhan,
Daripada nyawa ditarik.
Wahai hamba,
Usah derhaka kepada Pencipta,
Kamu punya pilihan untuk ke syurga,
Lalu mengapa lebih memilih haluan ke neraka?
Wahai hamba,
Seandainya dirimu benar yakin,
Walau terusan melanggar perintah-Nya,
Kamu bisa lari daripada api neraka yang membahang,
Baik, teruskan.
Di dunia, jadilah pencabar terhebat Penciptamu sendiri,
Mungkinkah kamu bisa lagi begitu di Akhirat sana?
Pesanku, berubahlah.
Itupun andai benar kamu yakin di sana adanya syurga dan neraka.
Jika tidak, teruskan mencabar Dia. Kamu hebat. Syabas.
Biar aku dibenci,
Kerana kelantanganku bersuara,
Hanya Allah S.W.T tahu apa dalam hati ini,
Betapa sayangnya diriku kepadamu hawa.
Aku sudah cuba membantu,
Kerana sayangnya diri ini kepadamu,
Namun kini aku hanya mampu membatu,
Kerana pilihan segalanya di tanganmu.
Istighfarlah...


Sebarkan Dakwah...('',)